RSS

Khutbah Pilihan Us. Othman


Khutbah pilihan
oleh Us. Othman Hamzah

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ...............................................................

Sidang jumaat yang dirahmati Allah

1- Diantara keistimewaan Islam yang paling menonjol ialah hadir ke dunia ini untuk kemaslahatan umum samada di dunia maupun diakhirat. Antara caranya ialah dalam bentuk mengurus harta yang menjadi keperluan hidup. Sebab itu tidah hairan nas-nas syariah sangat memberi perhatian tentang hokum-hukum yang berkaitan dengan harta dan kekayaan.

2-Islam tidak mencela kekayaan. Yang dicela ialah apabila harta disalahgunakan dan menyelewng dari manhaj Islam sehingga menimbulkan bencana dan keburukan.

3- Harta adalah kebaikan yang dianugerahkan Allah kepada hambanya. Rasul bersabda ; “Sesungguhnya keburukan tidak pernah datang bersama kebaikan”

4- Kekayaan umat dan kekayaan individu merupakan factor yang sanghat penting menuju kebangkitan , kekuatan dan pertahanannya, kerana umat yang fakir akan membawa kepada kelemahan, digoncang oleh kesusahan dan mudah musuh untuk menyerang.

5- Namun perbahasan tentang kekayaan dalam fiqh sangat sedikit, kerana melampaunya seruan berzuhud juga kerana fahaman yang kurang tepat terhadap nas-nas. Begitu juga sukarnya mencari contoh orang kaya yang bertakwa. Dan hokum-hukum  harta benda dan kekayaan sangat sedikit menyebabkan umat Islam jauh dari usaha-usaha mencari kekayaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

6-Al Ghina (kekayaan) dari segi bahasa bermakna “kecukupan”.Seseorang dikatakan kaya bila ia tidak memerlukan kepada orang lain.

7-Kekayaan harta benda bermakna: Kemudahan, kecukupan, dan berlimpah ruahnya harta benda.

8- Definasi kekayaan menurut pelbagai sudut:
      a)      Dalam kitab al Badai’ –al Kasani: seseorang dianggap kaya, apabila sesuatu harta melebihi nisabnya. Contoh: kalau seseorang memiliki 85 gram emas ia sudah dianggap kaya.
      b)      Menurut pandangan tradisi: sebahagian ulamak berpendapat: kekayaan ditakrifkan dengan ukuran tradisi (uruf). Berdasarkan ini kaya berbeza-beza antara negeri, zaman dan umat.
      c)       Pandangan bahasa: Menurut sebahagian yang lain: “kekayaan adalah pemilikan yang cukup atau lebih.

9- Berdasarkan ta’rif-ta’rif ini:
i)                    Semua sepakat : sesiapa yang memiliki harta yang cukup untuk seumur hidup adalah orang kaya
ii)                    Pandangan kedua: orang yang memiliki sumber harta yang kuat dan stabil dianggap kaya.
iii)                  Pandangan tradisi tidak menentukan kadar tertentu harta dalam menilai kekayaan, tetapi berdasarkan uruf.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

10)  Ada beberapa kalimah yang berkaitan dengan kekayaan:
       a) al Faqr- (kefakiran)
           makna umum ialah keadaan yang sangat memerlukan.
          Makna khusus ialah  ialah orang yang tidak berharta, sedangkan ia sangat memerlukan.
      b)  al Mal-(harta)
           Dalam pengertian bahasa ialah emas, perak, haiwan ternakan dan sebagainya.
           Menurut syariat ialah segala sesuatau yang memiliki nilai dan boleh dimanfaatkan dan
          pemilikannya dengan cara yang menepati syariat. Harta adalah penyebab kekayaan.
      c) Al Yasar- (kemudahan)
       Al Yasar dalam bahasa Arab ialah sama pengertian dengan kekayaan.
            d)      Al Kasab- (usaha)
Usaha merupakan upaya mencari rezeki
يأيها الذين ْامنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم
“Wahai orang yang beriman, belanjakanlah yang baik daripada apa yang kamu usahakan”
            e)      Ar Rizq- (rezeki)
Rezeki adalah anugerah Allah kepada orang kaya . Allah lapangkan baginya rezeki hungga mendapat setandard kekayaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati

Marilah kita:

       -          Membetulkan salah faham kita terhadap kekayaan.
       -          Orang Islam mesti meningkatkan kehidupan mereka kepada kekayaan.
       -          Kita jadikan kekayaan untuk melaksanakan kewajiban agama dan menegakkan ketinggian agama.
       -          Menjaga dan menjana kekayaan termasuk “jihad ekonomi” yang dituntut oleh agama.


بارك الله لي ولكم.....................................................................................






0 Responses to "Khutbah Pilihan Us. Othman "

Post a Comment

 

Random Posts

Recent Comments

About Template

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors