anda boleh mengikut perkembangan kami di instagram tersebut
ikuti perkmbangan kami di instagram amsyiq_gold

Continue Reading...
Khutbah Pilihan Us. Othman

Khutbah pilihan
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ...............................................................
Sidang jumaat yang dirahmati Allah
10) Ada beberapa kalimah yang berkaitan dengan kekayaan:
oleh Us. Othman Hamzah
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ...............................................................
Sidang jumaat yang dirahmati Allah
1- Diantara keistimewaan Islam yang paling menonjol ialah
hadir ke dunia ini untuk kemaslahatan umum samada di dunia maupun diakhirat.
Antara caranya ialah dalam bentuk mengurus harta yang menjadi keperluan hidup.
Sebab itu tidah hairan nas-nas syariah sangat memberi perhatian tentang hokum-hukum
yang berkaitan dengan harta dan kekayaan.
2-Islam tidak mencela kekayaan. Yang dicela ialah apabila
harta disalahgunakan dan menyelewng dari manhaj Islam sehingga menimbulkan bencana dan keburukan.
3- Harta adalah kebaikan yang dianugerahkan Allah kepada
hambanya. Rasul bersabda ; “Sesungguhnya keburukan tidak pernah datang bersama
kebaikan”
4- Kekayaan umat dan kekayaan individu merupakan factor yang
sanghat penting menuju kebangkitan , kekuatan dan pertahanannya, kerana umat
yang fakir akan membawa kepada kelemahan, digoncang oleh kesusahan dan mudah
musuh untuk menyerang.
5- Namun perbahasan tentang kekayaan dalam fiqh sangat
sedikit, kerana melampaunya seruan berzuhud juga kerana fahaman yang kurang
tepat terhadap nas-nas. Begitu juga sukarnya mencari contoh orang kaya yang
bertakwa. Dan hokum-hukum harta benda
dan kekayaan sangat sedikit menyebabkan umat Islam jauh dari usaha-usaha
mencari kekayaan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
6-Al Ghina (kekayaan) dari segi bahasa bermakna “kecukupan”.Seseorang
dikatakan kaya bila ia tidak memerlukan kepada orang lain.
7-Kekayaan harta benda bermakna: Kemudahan, kecukupan, dan
berlimpah ruahnya harta benda.
8- Definasi kekayaan menurut pelbagai sudut:
a)
Dalam kitab al Badai’ –al Kasani:
seseorang dianggap kaya, apabila sesuatu harta melebihi nisabnya. Contoh: kalau
seseorang memiliki 85 gram emas ia sudah dianggap kaya.
b)
Menurut pandangan tradisi:
sebahagian ulamak berpendapat: kekayaan ditakrifkan dengan ukuran tradisi
(uruf). Berdasarkan ini kaya berbeza-beza antara negeri, zaman dan umat.
c)
Pandangan bahasa: Menurut
sebahagian yang lain: “kekayaan adalah pemilikan yang cukup atau lebih.
9- Berdasarkan ta’rif-ta’rif ini:
i)
Semua sepakat : sesiapa
yang memiliki harta yang cukup untuk seumur hidup adalah orang kaya
ii)
Pandangan kedua: orang yang memiliki sumber
harta yang kuat dan stabil dianggap kaya.
iii)
Pandangan tradisi tidak menentukan kadar
tertentu harta dalam menilai kekayaan, tetapi berdasarkan uruf.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
10) Ada beberapa kalimah yang berkaitan dengan kekayaan:
a) al Faqr-
(kefakiran)
makna umum
ialah keadaan yang sangat memerlukan.
Makna khusus
ialah ialah orang yang tidak berharta,
sedangkan ia sangat memerlukan.
b) al Mal-(harta)
Dalam
pengertian bahasa ialah emas, perak, haiwan ternakan dan sebagainya.
Menurut
syariat ialah segala sesuatau yang memiliki nilai dan boleh dimanfaatkan dan
pemilikannya
dengan cara yang menepati syariat. Harta adalah penyebab kekayaan.
c) Al Yasar-
(kemudahan)
Al Yasar dalam
bahasa Arab ialah sama pengertian dengan kekayaan.
d)
Al Kasab- (usaha)
Usaha merupakan upaya mencari
rezeki
يأيها الذين ْامنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم
“Wahai orang yang beriman, belanjakanlah yang baik daripada apa yang
kamu usahakan”
e)
Ar Rizq- (rezeki)
Rezeki adalah anugerah Allah kepada orang kaya . Allah lapangkan baginya
rezeki hungga mendapat setandard kekayaan.
Sidang Jumaat yang dirahmati
Marilah kita:
Marilah kita:
-
Membetulkan salah faham kita terhadap kekayaan.
-
Orang Islam mesti meningkatkan kehidupan mereka kepada kekayaan.
-
Kita jadikan kekayaan untuk melaksanakan kewajiban agama dan menegakkan
ketinggian agama.
-
Menjaga dan menjana kekayaan termasuk “jihad ekonomi” yang dituntut oleh
agama.
بارك الله لي
ولكم.....................................................................................
Orang Yang Menyakiti Rasul Pasti Akan Diazab

56. Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
57. Sesungguhnya orang-orang Yang melakukan perkara Yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa Yang menghina.
58. dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.
1- Allah menceritakan kepada hamba-hambanya tentang kedudukan nabinya disisinya dikedudukan yang tinggi, dan Dia memujinya disisi malaikatnya. MalaikatNya juga berselawat keatasnya.Allah memerintahkan hambanya mencontohiNya dan malaikatNya supaya berselawat. Para ulamak telah sepakat bahaw berselawat ke atas nabi s.aw hukumnya fardhu keatas setiap muslim, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Lafaz :(الصلاة والسلام على رسول الله)adalah menjadi syiar khas untuknya. Maka kita tidak boleh memgucapkan selawat kepada si polan.
2- Orang yang menyakiti Allah dan rasulullah :
Seperti orang
Musyrikin, Yahudi dan Nasoro: Mereka mendakwa Allah memiliki anak . Termasuk
juga setiap orang yang menghina Allah Taala atau menyandarkan kepada Allah sesuatu
yang menghina Allah. Menyakiti
Rasulullah samada mendustakan Rasulullah atau menyakiti secara fizikal seperti
memecahkan wajah Rasul, mematahkan gigi Rasulullah atau mereka mendakwa
Rasulullah gila, seorang penyair, pembohong atau tukang sihir.
Juga apa juga perkataan dan perbuatan yang menyakiti baginda. Filem Innocence of muslim yang menghina Rasul dengan melakunkan watak Rasulullah dengan cara menghinakan. Balasan kepada mereka yang menghina Allah dan Rasulullah adalah mendapat laknat Allah di dunia dan di akhirat dan Allah sediakan buat mereka azah yang menghinakan.
3- Sementara orang yang menyakiti orang beriman lelaki dan perempuan dengan apa juga bentuk menyakiti samada melalui perkataan dan perbuatan tanpa hak, seperti mencaci seorang mukmin, memukul atau membunuhnya. Maka orang yang disakiti itu boleh melakukan qisas (hukum balas) kepada orang yang melakukan. Dan jika ia merosakkan harta benda akan dikenakan denda. Orang yang melakukan boleh dikenakan hukum takzir.
Anda boleh mendapatkan e book saya bertajuk : "Kekasihku Ya Rasulullah" dengan harga RM 20.
Bayar kepada CIMB a/c no: 12220003485208.
kemudian sendkan nama dan e mailkan anda kepada 019-2903165.
Mula Bicara

Assalamualaikum w.b.t
Memandangkan blog syeikhulmaqari.blogspot.com sudah sebu dengan perbicaraan mengenai jual beli emas. Untuk Nampak kemas dan ada pengkategorian maklumat, maka dengan ini saya lancarkan blog baru saya dengan nama blog Us. Othman Hamzah.
Dalam blog ini insya Allah kita kan bercakap tentang perkara-perkara yang ilmiah yang berkaitan dengan Us. Othman b. Hamzah seperti kuliah-kuliah, khutbah dan lain-lain. Diblog ini juga anda boleh bereintraksi dengan saya dan bersoal jawab tentang hukum-hukum Islam. Begitu juga anda boleh bertanya tentang perubatan Islam.
Di sini juga saya akan iklankan buku-buku dan e book saya untuk anda semua membaca dan menempahnya. Sekian. Selamat membaca.
Salam hormat dari saya
Us Othman Hamzah
Continue Reading...
Tajuk : Keadaan Keadaan Yang Dihadapi Oleh Perawat Semasa Merawat Dan Penyelesaiannya

Continue Reading...
Labels:
Buku Baru

Baru : Latihan Rawatan Islam Amsyiq | Modul Asas Dua

Continue Reading...
Labels:
Buku Baru

Tajuk : Latihan Rawatan Qurani Amsyiq | Modul Asas Satu

Continue Reading...
Labels:
Buku Baru

Subscribe to:
Posts (Atom)